NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas
persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran
air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur
yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami
jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair
al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang
terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara
perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan
kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami
(Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,
tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah
lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah
perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung
minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah
disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami
mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan
ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat
berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni
yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
- sesuatu yang bergantung atau melekat
- pacat atau lintah
- suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga
minggu ketiga did alam rahim.
PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu
keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu
surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul
daging"
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku
pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain
itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam
otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula
berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih
banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.
Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu
kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului
pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan
membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da
kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang
kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang
belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran
pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu
juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing
dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula
tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu
kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Janin pada usia 12 minggu
PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini
iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan
pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada
bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya
Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup
lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk
menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku
tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
Janin mendapat makanan melalui uri
PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak
Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang?
Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh
hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai
kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam
rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata
tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian
sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.
Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan
martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment