Wednesday, 6 January 2016

PENDAHULUAN

Di dalam al-quran telah dinyatakan bahawa allah menciptakan manusia bermula daripada tanah dan selanjutnya dengan pembiakan sperma dan ovum sehingga menjadi manusia. Manusia tersebut telah melalui liku-liku dan halangan yang mengagumkan dalam hidupnya. Dalam keadaan manusia penuh kejahilan dalam segala hal, maka agama Islam telah turun ke dunia untuk menerangi manusia yang dalam kegelapan dan telah diterangi dengan keagamaan yang benar iaitu Islam demi keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat, melalui proses penciptaan manusia menurut sains, sarjana-sarjana barat telah mengutarakan berbagai pendapat tentang proses ini. Sarjana barat iaitu Aristotle telah mengemukakan teori abiogenesis tetapi telah disangkal oleh beberapa sarjana yang lain terutama Charles Darwin. Hal ini telah membuktikan bahawa teori barat merupakan teori yang tidak relevan. Di samping itu, proses pencipta manusia menurut al-quran adalah lebih relevan. Al-quran telah menyatakan bahawa proses penciptaan manusia melalui empat tahap. Tahap-tahap tersebut adalah pencampuran air mani lalu menjadi alaqah (ketulan darah)  dan menjadi mudgah (ketulan daging) seterusnya menjadi tulang-tulang. Hal ini telah terbukti di dalam al-quran pada surah al-mukminun dan bukti ini boleh diterima oleh setiap manusia. Sebelum manusia ditugaskan untuk menjadi khalifah, manusia telah diberikan beberapa keistimewaan olehnya.  Keistimewaan tersebut telah dinyatakan di dalam al-quran dan telah mengangkatdarjat manusia di sisi Allah. Oleh kerana itu, Kita sebagai manusia haruslah memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab supaya kita tidak dipandang hina oleh masyarakat.

No comments:

Post a Comment