Pertumbuhan
dan Perkembangan Sepanjang Hayat
Pertumbuhan
dan perkembangan manusia merupakan paten perubahan fizikal, kognitif dan
sosio-emosi sepanjang pusingan hayat manusia. Manusia secara fitrahnya
berkembang seperti bulan sabit: bersifat lemah pada usia awalnya, semakin
membesar dan kuat pada usia pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia
emas. Justeru, pertumbuhan dan perkembangan manusia meliputi dari saat
terbentuknya janin manusia sehingga menjadi seorang bayi dan seterusnya
berkembang menjadi seorang kanak-kanak, remaja, dewasa dan berakhir dengan
detik kematian.
Ahli
falsafah menanggap fitrah kejadian manusia berasaskan konsep tiga konsep iaitu
semulajadi berdosa, tabula rasa dan ‘innate goodness’.
Pada kurun pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersihkan mereka daripada dosa-dosa tersebut.
Pada kurun pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersihkan mereka daripada dosa-dosa tersebut.
Pada kurun
ke-17, John Locke memperkenalkan konsep tabula rasa. Kanak-kanak diibaratkan
seperti ‘blank blanket’. Keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.
Pada kurun
berikutnya, Jean-Jacques Rousseau memperkenalkan konsep innate goodness view. Menurutnya,
kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan sedia baik. Oleh itu, beliau mencadangkan
agar kanak-kanak dibiarkan membesarkan secara semula-jadi dengan pengawasan
yang minimum.
Falsafah
Kejadian Manusia Daripada Perspektif Al-Quran & Sunnah
Berikut
merupakan antara falsafah fitrah kejadian manusia yang diwariskan melalui Quran
dan sunnah:
· Manusia
adalah sebaik-baik kejadian
· Manusia
adalah khalifah Allah (mengurus dan mentadbir alam) menuju kesejahteraan
· Manusia
pertama (Adam) dicipta dari tanah, manakala Hawa (isteri Adam) dicipta dari
tulang rusuk kiri Adam
· Anak
lahir ibarat kain putih. Ibubapa yang menjadikannya seorang majusi, nasrani
dsb.
· Setiap
manusia mempunyai dua musuh utama sejak lahir iaitu hawa nafsu dan syaitan
· Para
Rasul diutus untuk memimpin manusia pada jalan kebenaran
· Manusia
yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa & berakhlak mulia
· Setiap
manusia mempunyai nasib tersendiri (Qada’ dan Qadar)
· Tujuan
penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah
· Manusia
bersifat gelisah dan tergesa-gesa, kecuali orang-orang yang sabar dan tetap
dalam mendirikan solat dengan sempurna
· Manusia
dihidupkan dan dimatikan untuk diuji siapakah yang terbaik amalannya ketika di
dunia
· Pusingan
hidup manusia ibarat bulan sabit
· Setiap
manusia akan diberi pembalasan di hari akhirat
· Kehidupan
di dunia bersifat sementara. Kehidupan abadi (tanpa kematian) adalah di
akhirat.
Proses
dan Jangka Masa Perkembangan
Pertumbuhan
dan perkembangan manusia mempunyai persamaan dan perbezaan di antara satu sama
lain. Perkembangan manusia juga bersifat kompleks kerana ianya terhasil
daripada proses biologi, kognitif dan sosio-emosi manusia. Setiap manusia
melalui proses kelahiran, tumbesaran dan kematian. Namun dalam proses tersebut,
setiap individu melalui pengalaman yang berbeza dan akhirnya menjadikan setiap
individu adalah unik.
Proses
Biologi, Kognitif dan Psiko-Emosi
Proses
biologi merupakan proses perubahan fizikal manusia secara semula-jadi. Gen
daripada keluarga, pertumbuhan otak, pertambahan tinggi dan berat badan,
perubahan kemahiran motor, perubahan hormon dan penurunan kardiovaskular
mencerminkan peranan proses biologi dalam pertumbuhan manusia.
Proses
kognitif merupakan perubahan pemikiran, kepintaran dan bahasa manusia. Proses
sosio-emosi pula berkait dengan perubahan dalam hubungan manusia dengan orang
lain, perubahan emosi serta personalitinya.
Kesemua
proses ini saling berhubungan, berintegrasi dan mempengaruhi antara satu sama
lain. Sehubungan itu, pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah intergrasi
antara proses biologi, kognitif dan sosio-emosi manusia.
Tempoh
Perkembangan
Tempoh
perkembangan merujuk kepada jangka masa dalam kehidupan seseorang yang
ditandakan dengan beberapa kriteria. Tempoh perkembangan manusia dibahagikan
tahap mengikut turutan iaitu:
1. Prenatal:
Prenatal adalah tempoh masa dari dalam kandungan sehingga kelahiran. Melibatkan
pertumbuhan pesat dari satu unit sel kepada satu ornisma kompleks.
2. Bayi:
18 bulan hingga 24 bulan. Tempoh kebergantungan yang tinggi kepada orang dewasa
dan tempoh permulaan aktiviti psikologi.
3. Kanak-kanak
awal: 25 bulan hingga 6 tahun. Juga dikenali sebagai peringkat pra-sekolah.
Belajar menjadi self-sufficient, bersedia untuk belajar dan suka
bermain dengan rakan sebaya.
4. Kanak-kanak
pertengahan dan akhir: 6 hingga 11 tahun. Mula bersekolah. Dikenali sebagai
tempoh the elementary school year. Mula menguasai kemahiran
membaca, mengira dan menulis.
5. Remaja:
Tempoh transisi daripada kanak-kanak kepada orang dewasa awal. Bermula antara
10-12 tahun sehingga 18-22 tahun. Mengalami pertumbuhan biologi yang pesat.
Mula berdikari, membentuk identiti, berfikiran logik, abstrak dan
idealistik.
6. Dewasa
awal: Awal 20-an hingga 30-an. Masa pengukuhan pribadi, ekonomi dan
memulakan hidup berkeluarga.
7. Dewasa
pertengahan: 40 an-60-an. Menjadi matang dan memperolehi kepuasan kerjaya.
8. Dewasa
akhir: 60-an atau 70-an hingga meninggal dunia. Terbahagi kepada dua iaitu
tua awal (65-74 tahun) dan tua akhir (75 tahun dan ke atas).
No comments:
Post a Comment