1) Tahap pra-embrionik
Pada tahap pertama,zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel,dan
terbentuklah segumpulan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding Rahim .
Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar ,sel-sel penyusunya pun
mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.
2)Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama
lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap
ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel
tersebut.
Dari
tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak
kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan
ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan
kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah
nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan
berlanjut hingga minggu kelahiran.
Menurut
kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri daripada sel daging,
tulang, saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah
dan ibu membentuk janin dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi. Setelah
janin itu sempurna Ia lahir sebagai bayi. Jikalau dipandang secara jasmaniah
tidak banyak beza proses pertumbuhan janin manusia daripada haiwan peringkat
tinggi, akan tetapi setelah janin itu lahir sebagai manusia , terdapat
perbezaan yang asasi antara bayi manusia dan bayi haiwan, perbezaan itu semakin
hari akan kelihatan.Proses untuk menjadi lebih dewasa bagi anak haiwan lebih
cepat berbanding anak manusia.Sebagai contoh, anak ayam setelah keluar daripada
telur, ia akan boleh berjalan dan mencari makanan sendiri. Akan tetapi, anak manusia
memerlukan waktu yang lebih panjang dan lama untuk dapat mencari makan. Anak
manusia memerlukan waktu yang panjang untuk mendapat pendidikanbagi dapat
berdiri sendiri . Makin moden satu masyarakat, maka makin lama masa yang
diminta oleh pendidikan untuk mendewasakan warganya.
Anak
haiwan tidak memerlukan pendidikan. Tindakan dan nauluri perbuatan haiwan
berasas dan dikendalikan oleh naluri. Naluri ialah kemahuan tidak sedar dalam
diri manusia, haiwan dan tumbuhan sejak ia lahir lagi. Anak haiwan dengan
sendirinya pandai makan tanpa perlu ditunjuk ajar oleh orang tuanya.Burung
dengan sendirinya dapat membuat sarang seperti yang dibuat oleh ibunya sebelum
ini.
Semenjak
lahir, anak manusia telah membezakan dirinya daripada anak haiwan. Ia mempunyai
perasaan rohaniah dimana ia merasa suka dan duka, ia ketawa dan menangis. Ia
memiliki kehidupan batin padanya yang maan tumbuh kesedaran akan diri dan
persekitarannya dan apa yang paling penting adalah tumbuh kemampuan untuk
berfikir, sehingga dapat mempelajari bahasa yang didengari daripada orang
persekitarannya.Melalui bahasa itulah, anak manusia itu dapat menyalurkan apa
jua yang ada dalam dirinya kepada orang di sekelilingnya. . Maka terjalinlah
hubungan rohaniah di antara anak manusia itu dengan anggota masyarakat.
Justeru, ia menjadi ahli masyarakat dengan meneyrtai kehidupan sosialnya.
Berdasarkan
kepada perkara yang diperhatikan dalam proses pertumbuhan anak manusia,
dapatlah difahami bahawa manusia memiliki aktiviti kejiwaan, yang
memungkinkannya menyertai aktiviti social. Kejiwaan dan social inilah yang
tidak ada pada haiwan, sekalipun jika dipandang dari segi jasmani tidak banyak
perbezaannya antara orang hutan, cimpanzi atau gorilla dengan manusia. Kerana
itulah Julian Huxley, seorang neo-Darwinis yang terkenal juga menyebut manusia
sebagai makhluk yang berjiwa dan bermasyarakat.

Berdasarkan
huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa menurut sains, manusia terdiri
daripada jasad yang bermula dengan benda, ia tidak banyak beza dengan jasad
haiwan.Akan tetapi dari segi batiniah perbezaan yang amat ketara akan
kelihatan. Manusia mempunyai jiwa yang memungkinkan otak itu berfikir. Kalbunya
jadi sumber penghayatan rohaniah dan tangan menjadi pangkal teknik, mewujudkan
apa yang difikirkan oleh otak dan dirasakan oleh kalbu. Sains juga telah
menyediakan satu cabang khusus untuk jiwa yang lebih dikenali sebagai
psikologi. Jiwa memungkinkan individu manusia membentuk kehidupan sosial.
Kehidupan sosial inilah yang membentuk masyarakat dan di dalam masyarakatlah
manusia hidup secara kemanusiaan
No comments:
Post a Comment